BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ISLAM ADALAH INDAH..

Assalamualaikum...sahabat2 ana ingatlah Allah dimana jua anda berada...jgn lah leka dgn nikmat dunia yg penuh tipu daya ini...Ana doakan semoga sahabat2 sekalian di dalam perlindungan Allah sentiasa...

Assalamualaikum......


i love them


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Assalamualaikum

Sunday, May 22, 2011

Assalamualaikum

Assalamualaikum....
sudah lama ana tidak menjeguk blog sendiri...sudah lama ana tidak menulis catatan lagi...di sini ana ingin berkongsi sesuatu....
sesungguhnya sesuatu yang kita benci itu adalah yang terbaik buat kita,padahal sesuatu yang kita cintai,sukai itu adalah sesuatu yang buruk untuk diri kita....


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


Dalam kehidupan kita perasaan benci sentiasa berlegar-legar dalam jiwa kita, perasaan benci ini muncul mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antara seperti beban tugas yang berat, kegagalan, kekurangan yang ada dalam diri kita, dan kehilangan sesuatu yang kita sukai. Namun kita tidak pernah tahu, mungkin boleh jadi apa yang kita benci itu baik menurut Allah SWT. Perang seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas, adalah suatu perkara yang sangat dibenci manusia, tetapi mungkin hanya dengan jihad melalui peperangan di jalan Allah kita boleh masuk syurga.

Ketika kita mengejar sesuatu kemudian gagal, boleh jadi dengan kegagalan ini akan membawa kebaikan kepada kita. Sebagai contoh, misalnya Anda memohon ke suatu pekerjaan, dan Anda gagal dalam permohonan kerjatersebut, lalu anda membencinya. Tetapi jelas sekali pekerjaan di situ membuatkan kita sukar untuk beribadah.

Ada juga orang yang merasa membenci dirinya kerana dirinya tidak ”handsome” atau tidak kacak. Padahal boleh jadi jika dia cantik atau kacak, dia akan terjerumus ke dunia orang-orang yang suka mendedahkan aurat yang dibenci oleh Allah SWT. Boleh jadi kerana tidak cantik itu menyebabkan kita terselamat dari perasaan sombong dan takabur.

Yang jelas, apa pun yang ada pada diri kita, maka berbaik sangkalah kepada Allah SWT, bahawa itu semua yang terbaik untuk kita. Sesuatu yang kita suka atau kita benci semuanya tidak lain merupakan nikmat sekaligus adalah ujian kepada kita. Terimalah apa yang ada pada diri kita. Jangan membenci apa yang berlaku pada diri kita, kerana boleh jadi semua itu adalah yang terbaik untuk kita.

Jika kita sudah mampu menerimanya dengan lapang dada, hidup akan lebih bersemangat dan ceria, kerana tidak ada lagi istilah gagal di dalam kamus kehidupan kita. Hidup akan lebih tenang dengan segala kekurangan yang ada di dalam diri kita. Tidak ada kebimbangan kerana semuanya diserahkan kepada Allah untuk memberikan yang terbaik bagi dirinya. Allahu a’laam……

0 comments: